maz\’s

Just another WordPress.com weblog

Kursus Asas Pengurusan Ladang untuk Kontraktor Pertanian 2008 Ogos 6, 2008

Filed under: pertanian — mentadak @ 12:11 pm
Kursus Asas Pengurusan Ladang untuk Kontraktor Pertanian 2008    

kat sini aku copy paste maklumat yang aku perolehi dari web RISDA..so sesapa yang berminat bolehlah download borang di laman web tersebut. disini juz info sahaja-http://www2.risda.gov.my

Kerja-kerja pengurusan ladang mempunyai kaitan secara langsung dengan penghasilan dan pendapatan ladang. Kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pengurusan ladang RISDA dan Anak Syarikat termasuk Koperasi Pekebun Kecil disarankan menghadiri Kursus Asas Pengurusan Ladang untuk mempastikan mereka mempunyai kemahiran dan pengalaman yang mencukupi sebagaimana yang dikehendaki oleh RISDA.

 

Bagi mendapatkan kejayaan yang lebih berkesan, Kontraktor Ladang harus memahami teknologi perladangan dan mempraktikkan amalan pertanian yang betul termasuk pungutan hasil dan pemasaran.

Objektif Kursus:
a) Memberi latihan asas kepada bakal-bakal kontraktor khususnya Koperasi Pekebun Kecil menjalankan kerja-kerja pengurusan ladang.Membuka ruang kepada individu-individu terutama yang tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang pengurusan ladang terutama kepada lepasan sekolah, institusi dan sebagainya.Memberi galakan dan motivasi kepada kontraktor untuk meningkatkan tahap kemahiran untuk menjadi kontraktor yang berkualiti dan berdaya maju.usahawan perladangan di kalangan genersai kedua pekebun kecil.

Permohonan Kursus:    

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan yang disediakan dalam iklan surat khabar dan boleh diperolehi di laman web http://www.risda.gov.my atau http://www.krismelaka.edu.my dan di pejabat-pejabat RISDA.

Penyertaan:    

Penyertaan adalah terbuka kepada Koperasi Pekebun Kecil, kontraktor, individu-individu yang berminat yang ingin memasuki tender / sebutharga kerja-kerja di ladang RISDA/anak syarikat dan sesiapa yang berminat.

Cara Bayaran:    

Bayaran boleh dibuat menggunakan cek dan tunai semasa hari pendaftaran.

Tempat Kursus:    

Kursus akan dijalankan di premis Kolej RISDA dan Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK).

Tempoh Kursus:    

Tempoh kursus selama 4 hari

 Kursus yang akan dijalankan melibatkan modul-modul berikut :

1.         PL001                        –           Pembangunan Tanah Dan Penyediaan Ladang

2.         PL002                        –           Pembangunan Tapak Semaian Getah

3.         PL003                        –           Pembangunan Tapak Semaian Sawit

4.         PL004                        –           Pengurusan Getah Muda Dan Matang

5.         PL005                        –           Pengurusan Sawit Muda Dan Matang

Maklumat lanjut sila hubungi :

Tel     : 03-4257 1677 / 2677
Fax    : 03-4253 4831 

 

 

 

cadangan tarikh kursus 2008-RISDA

Filed under: pertanian — mentadak @ 12:03 pm

Cadangan Tarikh Kursus Tahun 2008

Bil

Modul Kursus

Tempat

Ogos

Nov

Dis

 

 

 

1

 

 

 

PL001

Perak

 

 

1-4/12/08,

15-18/12/08

Pahang

 

 

1-4/12/08,

15-18/12/08

 

Melaka

 

 

1-4/12/08,

15-18/12/08

Kelantan

25-28/8/08

 

 

 

 

 

2.

 

PL002

Perak

11-14/8/08

 

 

Pahang

11-14/8/08

 

 

Melaka

11-14/8/08

 

 

Kelantan

11-14/8/08

 

 

 

 

3.

 

 

PL003

Perak

18-21/8/08

 

 

Pahang

18-21/8/08

 

 

Melaka

18-21/8/08

 

 

Kelantan

18-21/8/08

 

 

 

 

4.

 

 

PL004

Perak

 

3-6/11/08

 

Pahang

 

3-6/11/08

 

Melaka

 

3-6/11/08

 

Kelantan

 

3-6/11/08

 

 

 

 

5.

 

 

 

PL005

Perak

 

10-13/11/08,

17-20/11/08

 

Pahang

 

10-13/11/08,

17-20/11/08

 

Melaka

 

10-13/11/08,

17-20/11/08

 

Kelantan

 

10-13/11/08,

17-20/11/08

 

 

LATIHAN / Kursus Fertigasi Jun 26, 2008

Filed under: pendidikan — mentadak @ 3:21 pm
Tags:

            dah lama aku tak update sebab terlalu bz ngan keje so baru nie aku terjumpa satu laman web yang berkaitan ngan sistem fertigasi nie..kat sini ada menceritakan dengan agak detail pasal sistem nie so aku rasa sesape yang berminat memang sesuai la melihat sendiri laman web nie untuk lebihkan pengetahuan dan mendapat pelbagai info yang aku sendiri tak dapat nak explain pasal aku bukanlah arif sangat pasal nie…aku pon still lagi belajar tentang pertanian ni…kalau berminat bleh layari web tersebut… kat sini juga aku amik sket maklumat dari web tersebut untuk lebih jelas…nak download borang pegilah laman web dia http://www.gmpeladang.com.my/fertigasi%20tomato.htm

            http://www.fertigasionline.com/

 

1)  Kursus yang diberikan merangkumi aspek kegiatan hortikultur, teori mahupun secara praktikal yang sesuai  

  bergantung kepada jenis tanaman.

 

2)  Kursus disediakan untuk individu perseorangan, agensi-agensi kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan mahupun

institusi pengajian 

 

3) Peserta yang mengikuti kursus yang disediakan ini didedahkan untuk menjadi usahawan atau tani baru berdasarkan

 informasi yang lengkap.

 

4)  Modul kursus yang lengkap dan padat sangat sesuai dan mudah diikuti oleh peserta dalam jangka masa yang singkat.

 

5)  Kursus ini disampaikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang  pertanian fertigasi.

 

6)  Kemudahan untuk teori dan amali adalah lengkap untuk setiap peserta.

 

7)  Peserta untuk setiap kursus antara 10 hingga 15 orang.  

 

 

  Jadual Kursus 2008

 

Kursus selama 4 hari.Jadual kursus bagi tahun  Penggal Pertama 2007 saperti jadual dibawah;

 

Bil         Siri                              Tarikh                                                  Peserta

 

57           11/2008                             03-06hb Julai 2008                                                Usahawan Tani

58           12/2008                             21-26hb Julai 2008                                                JP Tech Malaysia

 

 

Pendaftaran

 

Hubungi pegawai berikut untuk pendaftaran kursus.

 

1.Mohamad Syahmi                       –        0124023435

2. Mohamad Zamir                          –       0179029009

3. Ghazali Muda                              –       0199566939

4. Cik Shaidaty binti Omar              –       096175363

 

Modul Kursus Keusahawan Tani Fertigasi.

 

Kursus kaedah tanaman fertigasi dengan tumpuan tanaman rock melon,cili,tomato dan timun  jepun.

Peserta tanpa pengalaman dan kemahiran dalam bidang pertanian dibimbing sehingga mahir dan berjaya

dalam tanaman fertigasi.

 

Kos kursus dan kemudahan

 

 1)    Kos RM500 sahaja tidak termasuk penginapan

 2)   Potongan harga akan diberi untuk peserta berkumpulan tidak kurang daripada 10 orang

 3)   Peserta akan dihubungi melalui sms dan telefon

 4)   100 meter dengan masjid Tengku Sulong Padang Negera

 5)   1 km dari Masjid Terapung

 6)   300 meter dengan Plaza Padang Negara

 7)   2 km dari  pantai Batu Burok

 8)   4 km dari Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu

 

Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor Julai 16, 2007

Filed under: pendidikan — mentadak @ 5:11 am

fertigasi-3.jpgcara fertigasi menanam tomatopertigasi-2.png

antara contoh-contoh sistem fertigasi yang sedang dijalankan dan boleh dijalankan..best je kan gayanya..hehehe

Permohonan adalah dipelawa untuk mengikuti Program Inkubator Usahawan Tani Jabatan Pertanian (Bidang Tanaman) di lima (5) Pusat Inkubator. Di bawah program ini, peserta akan di tempatkan selama lapan bulan untuk menjalani bimbingan dan pengalaman secara ”hands-on” di dalam bidang tanaman. Pemohon mestilah daripada golongan yang berminat untuk bekerja sendiri sebagai usahawan pertanian selepas diberi latihan.SYARAT-SYARAT PEMOHON
(i) Warganegara Malaysia berumur diantara 17 hingga 35 tahun pada masa program bermula (kecuali pesara tentera / polis) dan

(ii) Berkelulusan SPM atau SPMV atau yang setaraf dengannya,
(a) Keutamaan diberi kepada lepasan Institut Pertanian (IPSM), graduan IPTA / IPTS dalam bidang pertanian dan belia-belia yang mempunyai pengalaman mengusahakan projek-projek pertanian komersil.

TEMPAT LATIHAN DAN KEMUDAHAN
Program ini dijalankan di lima (5) buah Pusat Inkubator iaitu Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan, Besut, Institut Pertanian Kuala Lipis, Institut Pertanian Serdang, Institut Pertanian Titi Gantong dan di Pusat Kecemerlangan Serdang. Tempat penginapan dan makan disediakan di sepanjang tempoh latihan.

TEMPAT TEMUDUGA
Pemohon diminta memilih satu (1) tempat dari senarai berikut:

1 Ayer Hitam, Johor
2 Lundang, Kelantan
3 Kuantan, Pahang
4 Teluk Chengai, Kedah 5 Ipoh, Perak
6 Kuala Terengganu, Terengganu
7 Serdang, Selangor

CARA PERMOHONAN
Borang permohonan boleh didapati di Institut-institut Pertanian, Jabatan Pertanian Negeri atau Ibu Pejabat Jabatan Pertanian, Aras 13, Wisma Tani, Lot 4G2, Presint 4, 62632, Putrajaya. Borang permohonan juga boleh dimuat turun melalui laman web Jabatan Pertanian http://www.doa.gov.my. Sila majukan permohonan kepada Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian, Aras 13, Wisma Tani, Lot 4G2, Presint 4, 62632 Putrajaya. (U.P: Timbalan Pengarah, Seksyen Latihan Kemahiran). Permohon juga boleh menggunakan borang ini untuk memohon.

 bagi yang berminat juga boleh hubungi pegawai pertanian kat Institut pertanian Ayer Hitam nie..ada pe2 hal try contact ngan En Marjodi:- 077581161..itu je la yg aku boleh tolong selebihnya try la tanyer…kalau ade pe2 info tambahan nanti kau inform la ye…

 

Lawatan ke Institut Pertanian Ayer Hitam Julai 10, 2007

Filed under: pendidikan — mentadak @ 5:56 am

imag0018.jpgberposing sebaik je menjejakikan kaki ke Insitut nie..hehehe

emhh..baru jap td aku balik dari lawatan kelas aku di Institut pertanian Ayer Hitam..nak kata best sangat tu taklah tapi banyak jugaklah input dan pelbagai info berguna yg aku perolehi kat sana…memula dtg diorg juz bg taklimat cam bese…perkenalkan Institut tu..program-program yg ada..pas tu pi wat lawatan tapak..kat situ kami di tunjukkan dengan ladang  yg  wat tanaman secara Pertigasi iaitu cara tanaman moden yg menggunakan kaedah baru…kaedah yg di gunakan ialah dengan menyalurkan baja dan juga air siraman terus kepada tanaman menggunakan sistem saluran…

kebaikkan cara nie mengikut taklimat yg diberikan ialah dapat menghasilkan buah yg lebih berkualiti dan sistematik yg mana setiap pengeluaran buah tu di kawal dan boleh di target…pengeluaran buah di kawal dengan menetapkan setiap pokok hanya akan menghasilkan tidak lebih dari 2 biji untuk memastikan buah tu mencapai tahap yg di tetapkan untuk tujuan pemasaran.

imag0042.jpgimag0046.jpgimag0045.jpg

ni la dia gambar tgg teknologi moden yg aku cakap tu..yg tali warna itam tu adalah merupakan saluran yg aku maksudkan tu..canggih tak??

selain tu penggunaan beg yg berisi medium penanaman khas yg di buat daripada campuran bahan organik, tanah gambut, sekam padi dan juga sabut kelapa adalah merupakan satu kaedah yg sangat-sangat efektif untuk sistem penanaman jenis ini..apapun memang sesuai lah bagi sesape yg teringin nak jadi usahawan yang berjaya kerana kat sini sebenarnya banyak dan ada menyediakan program latihan untuk bakal-bakal usahawan yang berminat…bagi yg berminat dan tidak mempunyai modal dan peluang rasa-rasanya kat sini anda boleh memulakan tapak…juz hubungi Institut nie dan dapatkan info dengan lebih lanjut..kerana kalau x silap kat sini segala-galanya di tanggung tapi terma dan syarat-syaratnya anda boleh berhubung terus la dengan pihak berkenaan.

 imag0084.jpgimag0085.jpgimag0048.jpgimag0051.jpg

situasi ladang pertanian nie..yg plastik beg warna putih tu la medium semaian..kat dalam tu dah disemai ngan benih-benih pokok melon dan cili…best kan?? boleh buat kat umah sendiri nie…

emhh…satu pengalaman yg menarik bagi aku lagipun aku memang teruja sket ngan benda-benda yg berkaitan dgn bidang pertanian nie..dulu-dulupon aku ade bercita-cita nak menceburi bidang pertanian nie..dah mintak kursus and siap pi temuduga lagi..hampir-hampir nak pegi bilamana aku tetiba dapat tawaran DPLI nie..memang rezeki x menyebelahi tapi yg penting walau manapun aku pegi..walauapapun bidang yg aku ceburi..sedikit sebanyak ada kena mengena ngan bidang pertanian..heheheh badi kot…

 

maz’s Julai 9, 2007

Filed under: pendidikan — mentadak @ 6:27 am

7b889f75e5fcf9793d1de8d50b0c9b26_love_saver.gif 

sudah lama aku mencari
setulus kasih yang sudi menyayangi
begitu lama aku menanti
kemesraan suara yang meruntun hati
sangat lama kumengingini
kehangatan sentuhan yang mententeramkan nurani…

disinikah aku berhenti mencari
disinikah aku akan berhenti menanti
mungkinkan di sini juga aku berhenti mengingini…
semua yang tiada seperti ada
bagai terbuka ruang cinta abadi di dada
bagai menyambutku dengan tangan terbuka
sungguh aku menghargai dan bersyukur kepadaNYA….

 

Penantian…

Filed under: penantian hidup — mentadak @ 5:53 am

316b.jpg 

Penantian
Berapa lama mesti kunanti Sinar cahaya matamu

Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu kutunggu

Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi
Penantian suatu siksa

Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku….