maz\’s

Just another WordPress.com weblog

Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor Julai 16, 2007

Filed under: pendidikan — mentadak @ 5:11 am

fertigasi-3.jpgcara fertigasi menanam tomatopertigasi-2.png

antara contoh-contoh sistem fertigasi yang sedang dijalankan dan boleh dijalankan..best je kan gayanya..hehehe

Permohonan adalah dipelawa untuk mengikuti Program Inkubator Usahawan Tani Jabatan Pertanian (Bidang Tanaman) di lima (5) Pusat Inkubator. Di bawah program ini, peserta akan di tempatkan selama lapan bulan untuk menjalani bimbingan dan pengalaman secara ”hands-on” di dalam bidang tanaman. Pemohon mestilah daripada golongan yang berminat untuk bekerja sendiri sebagai usahawan pertanian selepas diberi latihan.SYARAT-SYARAT PEMOHON
(i) Warganegara Malaysia berumur diantara 17 hingga 35 tahun pada masa program bermula (kecuali pesara tentera / polis) dan

(ii) Berkelulusan SPM atau SPMV atau yang setaraf dengannya,
(a) Keutamaan diberi kepada lepasan Institut Pertanian (IPSM), graduan IPTA / IPTS dalam bidang pertanian dan belia-belia yang mempunyai pengalaman mengusahakan projek-projek pertanian komersil.

TEMPAT LATIHAN DAN KEMUDAHAN
Program ini dijalankan di lima (5) buah Pusat Inkubator iaitu Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan, Besut, Institut Pertanian Kuala Lipis, Institut Pertanian Serdang, Institut Pertanian Titi Gantong dan di Pusat Kecemerlangan Serdang. Tempat penginapan dan makan disediakan di sepanjang tempoh latihan.

TEMPAT TEMUDUGA
Pemohon diminta memilih satu (1) tempat dari senarai berikut:

1 Ayer Hitam, Johor
2 Lundang, Kelantan
3 Kuantan, Pahang
4 Teluk Chengai, Kedah 5 Ipoh, Perak
6 Kuala Terengganu, Terengganu
7 Serdang, Selangor

CARA PERMOHONAN
Borang permohonan boleh didapati di Institut-institut Pertanian, Jabatan Pertanian Negeri atau Ibu Pejabat Jabatan Pertanian, Aras 13, Wisma Tani, Lot 4G2, Presint 4, 62632, Putrajaya. Borang permohonan juga boleh dimuat turun melalui laman web Jabatan Pertanian http://www.doa.gov.my. Sila majukan permohonan kepada Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian, Aras 13, Wisma Tani, Lot 4G2, Presint 4, 62632 Putrajaya. (U.P: Timbalan Pengarah, Seksyen Latihan Kemahiran). Permohon juga boleh menggunakan borang ini untuk memohon.

 bagi yang berminat juga boleh hubungi pegawai pertanian kat Institut pertanian Ayer Hitam nie..ada pe2 hal try contact ngan En Marjodi:- 077581161..itu je la yg aku boleh tolong selebihnya try la tanyer…kalau ade pe2 info tambahan nanti kau inform la ye…

About these ads
 

16 Responses to “Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor”

  1. hyaat Berkata:

    Dear Sir,

    Saya berminat untuk mengikuti kursus inkubator ini, ada kursus yang jangka pendek tak?

  2. mentadak Berkata:

    saya kurang raif pasal tu..apa-apa hal untuk lebih lanjut boleh dapatkan keterangan dari pegawai di jabatan pertanian yang berhampiran.

  3. ajib Berkata:

    nak tanya skit lah, kalau saya nak tanam tomato guna sistem fertigasi dgn keluasan 1 ekar, berapa kos permulaan dan berapa banyak tomato yang akan diperolehi?

  4. Noor Muzaiyah Binti Muhammad Sabari Berkata:

    Adik saya lepasan SPM dan berminat untuk memohon kursus ini.Adakah borang kursus mesti diambil di di setiap jabatan negeri atau boleh di muat turun di laman web jab pertanian.Saya sudah sudah pun membuka laman web tersebut tetapi tiada muat turun borang pun yang disediakan.

  5. ahmad Berkata:

    bkn en.marjodi la…en.marjori…tp dia bru je pencen

  6. Sara Berkata:

    saya amat berminat mengikuti krusus jangka masa panjang di institut pertanian. bagaimana cara untuk memohon krusus tersebut.
    harap dpt maklum balas dengan kadar yang segera.

  7. zidaziz Berkata:

    SAYA ADA MEMOHON UNTUK PROGRAM JABATAN PERTANIAN TETAPI TIADA SATU PUN JAWAPAN ATAU PANGGILAN KURSUS. SAYA AMAT AMAT BERMINAT MENGIKUTI KURSUS ANJURAN JABATAN PERTANIAN WALAUPUN SAYA BERTUGAS DI JABATAN KERAJAAN.

  8. lizawati Berkata:

    nak tau kalau ada jwtn kosong

  9. lumpybugeruu Berkata:

    ada tak kusus kusus lain yg disediakan????

  10. mentadak Berkata:

    kat sini saya juz siarkan kepada sesape yang berminat untuk menjadi usahawan tani khasnya untuk mereka yang nak menggunakan sistem fertigasi…untuk maklumat tambahan silalah lawati web2 yang telah saya lampirkan untuk maklumat lebih lanjut…

  11. sharinah muhd sarep Berkata:

    hai,

    Saya berminat nak join kuruses fertigasi utk penanaman cili, tapi kursus jangka pendek sbb saya bekerja,,,so boleh tolong tak ?

  12. mentadak Berkata:

    ermm…nak kursus jangka pendek ada jugak tapi pendek tak pendek dalam seminggu juga la..paling kurang pon 3 hari…kalau nak maklumat lebih lanjut silalah rujuk pada jabatan pertanian yang terdekat…kursus nie sentiasa on sepanjang tahun…biasanya dia punya jadual dah siap so leh tengok lah tarikh mana yang nak…untuk info tambahan…biasanya kursus yang dianjurkan oleh jabatan pertanian nie dikenakan yuran..xkiralah jabatan pertanian ke apa2 lain ker…semua dikenakan bayaran…so anda boleh buat pilihan yang mana berkenan.ermmm silalah ke laman web fertigasi online tu coz kat sana leh download borang then apply kursus…try lah surf ek…selain web tu silalah ke web jabatan pertanian so setakat ini sahaja yang boleh saya bantu…thanks

  13. eena Berkata:

    hai………..
    bidang len de x?????contohnye masak2 kew????

  14. Abdul Hadi Berkata:

    As-Salamualaikum..

    saya hadi di relau kedah. saya ingin bertanya tentang sijil. saya ada menghadiri kursus pertanian di PLPP ayer hitam Johor utk mewakili negeri kedah iaitu kursus kemahiran pemasaran pd tarikh 30/7/08 – 1/8/08. saya tidak memperolehi lg sijil dr pd pihak tuan/puan. saya berharap pihak tuan/puan dpt membantu. jika ada masalah boleh hubungi saya di 017-4705532. seberang kesulitan saya mohon maaf.

    sekian terima kasih..

  15. aidil Berkata:

    dah cuba mintak. tapi dah tutuplah.. macammana nie

  16. suria Berkata:

    saya nak tanya ada tak khursus untuk jangka pendek untuk akan datang? saya berminat untuk pnanaman lada serta ulam2an.. boleh tolong bagi tindak balas ..kemudian berapa kos untuk permulaan.

    terima kasih..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.