maz\’s

Just another WordPress.com weblog

Lawatan ke Institut Pertanian Ayer Hitam Julai 10, 2007

Filed under: pendidikan — mentadak @ 5:56 am

imag0018.jpgberposing sebaik je menjejakikan kaki ke Insitut nie..hehehe

emhh..baru jap td aku balik dari lawatan kelas aku di Institut pertanian Ayer Hitam..nak kata best sangat tu taklah tapi banyak jugaklah input dan pelbagai info berguna yg aku perolehi kat sana…memula dtg diorg juz bg taklimat cam bese…perkenalkan Institut tu..program-program yg ada..pas tu pi wat lawatan tapak..kat situ kami di tunjukkan dengan ladang  yg  wat tanaman secara Pertigasi iaitu cara tanaman moden yg menggunakan kaedah baru…kaedah yg di gunakan ialah dengan menyalurkan baja dan juga air siraman terus kepada tanaman menggunakan sistem saluran…

kebaikkan cara nie mengikut taklimat yg diberikan ialah dapat menghasilkan buah yg lebih berkualiti dan sistematik yg mana setiap pengeluaran buah tu di kawal dan boleh di target…pengeluaran buah di kawal dengan menetapkan setiap pokok hanya akan menghasilkan tidak lebih dari 2 biji untuk memastikan buah tu mencapai tahap yg di tetapkan untuk tujuan pemasaran.

imag0042.jpgimag0046.jpgimag0045.jpg

ni la dia gambar tgg teknologi moden yg aku cakap tu..yg tali warna itam tu adalah merupakan saluran yg aku maksudkan tu..canggih tak??

selain tu penggunaan beg yg berisi medium penanaman khas yg di buat daripada campuran bahan organik, tanah gambut, sekam padi dan juga sabut kelapa adalah merupakan satu kaedah yg sangat-sangat efektif untuk sistem penanaman jenis ini..apapun memang sesuai lah bagi sesape yg teringin nak jadi usahawan yang berjaya kerana kat sini sebenarnya banyak dan ada menyediakan program latihan untuk bakal-bakal usahawan yang berminat…bagi yg berminat dan tidak mempunyai modal dan peluang rasa-rasanya kat sini anda boleh memulakan tapak…juz hubungi Institut nie dan dapatkan info dengan lebih lanjut..kerana kalau x silap kat sini segala-galanya di tanggung tapi terma dan syarat-syaratnya anda boleh berhubung terus la dengan pihak berkenaan.

 imag0084.jpgimag0085.jpgimag0048.jpgimag0051.jpg

situasi ladang pertanian nie..yg plastik beg warna putih tu la medium semaian..kat dalam tu dah disemai ngan benih-benih pokok melon dan cili…best kan?? boleh buat kat umah sendiri nie…

emhh…satu pengalaman yg menarik bagi aku lagipun aku memang teruja sket ngan benda-benda yg berkaitan dgn bidang pertanian nie..dulu-dulupon aku ade bercita-cita nak menceburi bidang pertanian nie..dah mintak kursus and siap pi temuduga lagi..hampir-hampir nak pegi bilamana aku tetiba dapat tawaran DPLI nie..memang rezeki x menyebelahi tapi yg penting walau manapun aku pegi..walauapapun bidang yg aku ceburi..sedikit sebanyak ada kena mengena ngan bidang pertanian..heheheh badi kot…

 

5 Responses to “Lawatan ke Institut Pertanian Ayer Hitam”

  1. Sanief Safar Berkata:

    Salam Maz,

    Saya berminat nak menceburi bidang tanaman fertigasi ni, tapi nak minta bantuan u sikit alamat Ins. Pertanian Ayer Hitam.pegawai untuk dihubungi atau apa2 info yang boleh I dapatkan . . .contoh tarikh kursus atau lawatan tapak.
    Pertolongan anda amat diperlukan.

    TQVM.

  2. Rasydan Berkata:

    boleh hubungi pejabat pertanian berhampiran.

  3. muhd nasuha Berkata:

    saya berminat tnman secara fertigasi. sy ingin tanya boleh kah tanaman ini di usahakan secara organik ( 100 % ) dan knp harga baja dan racun mahal di pasaran T.Q ipah

  4. iman Berkata:

    saya nak tanya, apa nama bahan untuk pemerah cili?

  5. ajidx Berkata:

    salam dah lama uat melon
    secara fertigasi


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.